Jabatan Terlibat

Jabatan yang berkolaborasi sebelum & semasa proses pendaftaran pertubuhan.

POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM)

  • Tapisan rekod jenayah
  • Tapisan rekod keselamatan
  • Tapisan halus
  • Tapisan nama pertubuhan
  • Tapisan nama jawatankuasa
  • Kerjasama dengan Pejabat Agama Negeri jika berkaitan pertubuhan yang membuat kutipan derma@tidak dapat kebenaran di bawah Akta Pungutan Rumah Ke Rumah dan Di Jalan 1947

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

  • Rujukan pertubuhan bagi kategori kebajikan

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI

  • Rujukan berkaitan pertubuhan berbentuk Agama Islam dan silat

PEJABAT DAERAH DAN TANAH

  • Proses permohonan tukar syarat nyata pada geran tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bagi tanah persendirian & pemberian tanah oleh syarikat/pemaju (penama atas nama pertubuhan)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

  • Penguatkuasaan dan kenalpasti premis RIBI tidak beroperasi di atas lokasi yang tidak dibenarkan (tanah rezab kerajaan, rumah kediaman, pejabat dan rumah kedai)

UNIT KERAJAAN TEMPATAN (UKT)

  • Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa RIBI
  • Mengawal permohonan RIBI
  • RIBI tidak boleh di kawasan rumah kediaman atau perniagaan
  • RIBI perlu daftar atas nama persatuan atau pemegang amanah
  • Boleh dirikan bangunan jika syarat nyata tanah atas rumah ibadat
  • Syarat atas nama individu atau pertanian tidak dibenarkan
  • Kategori Agama/Sub Kategori Jawatankuasa Pengurusan memerlukan syarat nyata dalam geran (khas untuk RIBI)
  • Kategori Agama/Sub Kategori Persatuan Penganut Fasal 15 larangan dalam perlembagaan tidak dibenarkan mentadbir RIBI