Syarat Pendaftaran

Tahukah Anda?

Syarat-syarat yang ditetapkan untuk mendaftar sebuah pertubuhan

Mengikut Seksyen 7(1), apabila permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan diterima di bawah Seksyen 6, Pendaftar Pertubuhan hendaklah, mendaftarkan (meluluskan) permohonan itu jika ia memenuhi syarat-syarat, peraturan atau Jadual 1 yang ditetapkan. Pendaftar juga boleh menolak pendaftaran sesuatu pertubuhan mengikut Seksyen 7(2).


Suatu mesyuarat penubuhan hendaklah diadakan untuk menubuhkan pertubuhan yang dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatitkan di dalam minit Mesyuarat Penubuhan.

Agenda Mesyuarat Penubuhan

  • 1 Bersetuju tentang penubuhan pertubuhan
  • 2 Meluluskan nama pertubuhan
  • 3 Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan
  • 4 Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan
  • 5 Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang didaftarkan
    Muat turun 'Contoh Perlembagaan JPPM'
    Tidak Bercawangan
    Bercawangan
    Faedah Bersama
  • 6 Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit) termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas