Sejarah Penubuhan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

  • 20.1.1874 Perjanjian Pangkor antara Andrew Clarke,Gabenor Negeri-negeri Selat dengan Pembesar Melayu;

    Menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu;

    Pelbagai suku kaum,dialek,budaya dan fungsi ekonomi menyebabkan timbul pelbagai kepincangan

  • Usaha memberi perlindungan,keselamatan seperti pekerjaan dan tempat tinggal kepada pendatang Cina,mewujudkan kumpulan berbentuk kongsi gelap;

    Memberi ancaman & ketidaktenteraman kepada orang awam & Kerajaan British

  • Kerajaan British memperkenalkan Societies Enactment 1899 untuk membendung aktiviti kumpulan kongsi gelap

  • 1913 enakmen dipinda & pegawai bertanggungjawab ialah “Registrar of Society”

  • Ordinan Pertubuhan 1949- selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu; Mengawal aktiviti pertubuhan supaya tidak menggugat keselamatan rakyat;

    Satu peruntukan mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan ketika itu & dikuatkuasakan pada 1.9.1949

  • 1966-ordinan disemak semula & menggabungkan 3 ordinan;

    Ordinan Pertubuhan 1949 (Persekutuan Tanah Melayu), Ordinan Pertubuhan 1957 (Negeri Sarawak) & Ordinan Pertubuhan 1961 (Negeri Sabah);

    Dikenali dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dikuatkuasa mulai 1.2.1966